Open Access
Domain dan Bahasa Pilihan Tiga Generasi Etnik Bajau Sama Kota Belud
Author(s) -
Berawati Renddan,
Adi Yasran Abdul Aziz,
Hasnah Mohamad,
Sharil Nizam Sha’ri
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i7.448
Subject(s) - humanities , art
Etnik Bajau Sama merupakan etnik kedua terbesar di negeri Sabah. Kawasan petempatan utama etnik Bajau Sama di Sabah terletak di Kota Belud di Pantai Barat. Sebagai masyarakat yang dwibahasa, pilihan penggunaan bahasa masyarakat yang beragama Islam ini adalah berbeza-beza mengikut generasi dan domain yang berkemungkinan tidak berpihak kepada bahasa ibunda. Teori Analisis Domain (Fishman) diterapkan bagi mengkaji pilihan bahasa dalam domain khusus oleh peserta kajian dari Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah. Kaedah tinjauan dengan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada generasi pertama (GI), kedua (GII) dan ketiga (GIII). Nilai min bagi setiap kumpulan dlam domain kekeluargaan menunjukkan bahawa GI dan GII Lebih banyak menggunakan bahasa Bajau Sama manakala GIII lebih cenderung kepada bahasa Melayu. Dalam domain kejiranan, GI memilih bahasa Bajau Sama namun GII dan GIII masing-masing memilih BM. Walau bagaimanapun, dalam domain pendidikan, keagamaan, perkhidmatan dan jual beli, semua generasi memilih bahasa Melayu. Penemuan yang paling penting ialah generasi muda (GIII) kini sudah beralih kepada bahasa Melayu dalam domain kekeluargaan dan domain awam. Generasi ini bertindak sebagai pemangkin peralihan bahasa yang mendatangkan ancaman kepada daya hidup bahasa Bajau Sama, khususnya dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan dan kejiranan. Dapatan ini menunjukkan adanya kemerosotan transmisi bahasa ibunda antara generasi dalam kalangan masyarakat etnik Bajau Sama.