z-logo
open-access-imgOpen Access
Aplikasi Teori Analisis Domain dalam Domain Bahasa Etnik Melayu Brunei di Sabah
Author(s) -
Mohd. Arifin Mohd. Arif,
Norazlina Mohd Kiram,
Noor Aina Dani
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i7.442
Subject(s) - humanities , domain (mathematical analysis) , forestry , mathematics , geography , philosophy , mathematical analysis
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar etnik Melayu Brunei di Membakut, Sabah. Tinjauan lapangan telah melibatkan 56 pelajar dari tingkatan 4. Tiga faktor pola pilihan bahasa Teori Analisis Domain diterapkan ke dalam objektif kajian. Korelasi Spearman's rho dikira sesuai dengan data nominal pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa dalam domain perilaku bahasa, dialek Melayu Brunei merupakan bahasa yang dominan di rumah (73.21%) dan di sekolah (66.07%). Dalam domain dan hubungan-peranan dengan ahli keluarga, peserta kajian paling kerap mengguna dialek Melayu Brunei. Dalam hubungan-peranan secara formal dengan pengetua sekolah, para guru dan rakan sekolah terdapat kecenderungan penggunaan dialek Melayu Brunei. Sumbangan empirikal dan konsepsi analisis domain menyerlahkan pengenalpastian perbezaan pemfungsian antara dwibahasa koordinat dan dwibahasa kompaun dari satu kontinum ke satu kontinum. Keputusan hipotesis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif .438 antara penggunaan bahasa ibunda dalam domain keluarga dengan domain pendidikan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here