
Amalan Kemahiran Penyesuaian dalam kalangan Pelajar Universiti: Suatu Pemerhatian Awal
Author(s) -
Nurul Haidah Saidon,
Muhammad Ilham Ahmad Zaini,
Muhammad Athif Asyraf Sukry,
Mohamad Izzuan Mohd Ishar
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i7.436
Subject(s) - physics , humanities , general education , psychology , pedagogy , art
Dalam mengharungi kehidupan di peringkat pengajian tinggi, pelajar akan menghadapi perasaan yang bercampur baur seperti gelisah, gusar, takut, malah bercampur gembira dan teruja apabila ditawar dan diterima masuk ke kolej atau universiti. Pada semester pertama, keadaan mereka boleh menimbulkan rasa tertekan dan banyak penyesuaian yang perlu dilalui. Pelajar juga boleh rasa teruja untuk mempelajari perkara yang baru. Perasaan ini mendorong mereka untuk bersiap sedia menghadapi suasana pengajian yang jauh berbeza dari keadaan di sekolah. Ketika ini kemahiran penyesuaian digunakan untuk terus bertahan dan membiasakan diri dengan persekitaran baru. Selain kemahiran teknikal, graduan ideal yang berbakat juga mempunyai ciri-ciri kemahiran insaniah. Keazaman dalam membangunkan Kemahiran Insaniah pelajar telah menggerak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah sebagai rujukan kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Penghasilan modul ini telah menyumbang kepada terciptanya atribut graduan untuk sesetengah universiti termasuk Universiti Teknologi Malaysia. Antara atribut graduan yang menyumbang kepada proses pengasahan kemahiran insaniah pelajar ialah kemahiran kesarjanaan, kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran penyesuaian. Artikel ini merupakan artikel konsep yang membincangkan amalan yang boleh dipraktikkan oleh pelajar dalam menyesuaian diri dengan kehidupan di institusi pendidikan tinggi melalui interpersonal, intrapersonal dan kemudahan teknologi.