z-logo
open-access-imgOpen Access
Pengaruh Faktor-faktor Tekanan Kerja dalam kalangan Guru di Sekolah Menengah: Satu Analisis Persamaan Struktur (SEM-PLS)
Author(s) -
Suhaimi Bin Kamarudin,
Muhamad Suhaimi Taat
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i11.544
Subject(s) - humanities , mathematics , physics , art
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis data beberapa pemboleh ubah eksogen yang diramalkan mempunyai pengaruh terhadap pemboleh ubah endogen (tekanan kerja) dalam kalangan guru. Kaedah penyelidikan kuantitatif melalui analisis Permodelan Persamaan Struktur-Kuasa Dua Terkecil Separa (SEM PLS) digunakan untuk menilai model hipotesis yang menghubungkan kesemua konstruk dengan menggunakan aplikasi Smart PLS versi 3.0. Analisis dalam bentuk model mendapati bahawa kesemua pemboleh ubah eksogen iaitu faktor Tingkah Laku Pelajar, Kekangan Masa dan Beban Tugas mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tekanan kerja. Data utama kajian diperoleh melalui pentadbiran soal selidik kepada 350 orang guru sekolah menengah yang mengajar di Sabah. Permodelan Persamaan Struktur (SEM-PLS) digunakan secara statistik bagi tujuan mengesahkan hipotesis model terakhir Tekanan Kerja. Penyelidikan ini diharapkan dapat mengisi jurang korpus ilmu dan pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada sumbangan kuantitatif yang signifikan berkaitan penerokaan faktor-faktor paling dominan terhadap masalah tekanan kerja khususnya dalam kalangan guru. Penemuan kajian ini turut mendedahkan faktor paling berpengaruh terhadap tekanan kerja ialah faktor kekangan masa dengan nilai varians sebanyak 43%. Selain itu, kajian turut mendapati peranan faktor beban tugas sebagai pemboleh ubah perantara separa antara pemboleh ubah tingkah laku pelajar, dan kekangan masa terhadap tekanan kerja. Implikasi kajian memberi petunjuk bahawa amalan pengurusan masa yang tidak cekap dalam mengurus dan melaksana pelbagai tugas di sekolah jelas memberi kesan negatif terhadap keberkesanan profesionalisme sehingga membawa kepada masalah tekanan kerja. Oleh itu, pengurusan masa secara efektif sewajarnya dapat diamalkan agar segala tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here