z-logo
open-access-imgOpen Access
Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Author(s) -
Molia Sebi Dinggai,
Mohammad Tahir Mapa,
Fionna George
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i10.516
Subject(s) - humanities , art
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak non-governmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada 400 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti nilai purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat tempatan memberikan persepsi yang baik terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here