
Amalan Inovasi Pembungkusan Produk Usahawan Mikro di Selangor
Author(s) -
Mahani Amat,
Suraiya Ishak
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v5i1.347
Subject(s) - humanities , physics , art
Artikel ini bertujuan untuk mendeskripsi amalan inovasi pembungkusan produk dalam kalangan usahawan mikro di bawah bimbingan agensi di negeri Selangor. Seramai 40 orang usahawan mikro makanan di negeri Selangor telah diambil sebagai sampel kajian melalui teknik pensampelan rawak sistematik. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dengan enam skala Likert yang mengandungi lapan item yang telah disahkan oleh pakar-pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif iaitu berasaskan nilai min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan purata peratusan dan nilai min keseluruhan bagi amalan inovasi pembungkusan adalah berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa usahawan mikro di bawah bimbingan agensi di negeri Selangor ada melakukan inovasi terhadap pembungkusan produk sejurus mendapat bimbingan daripada agensi terutamanya dalam penambahbaikan informasi maklumat, rupa bentuk, warna dan reka grafik.