z-logo
open-access-imgOpen Access
Kesan Penggunaan Sumber-Sumber Dokumen Teks Sejarah Terhadap Kefahaman Konsep Substantif Sejarah
Author(s) -
M. Kaviza
Publication year - 2019
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v4i7.335
Subject(s) - humanities , art
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber-sumber dokumen teks sejarah terhadap kefahaman konsep substantif sejarah dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Dalam kajian ini, sebuah modul pengajaran telah dibangunkan sebagai intervensi penggunaan sumber-sumber dokumen teks sejarah. Reka bentuk Pra-eksperimen iaitu Ujian Pra-Ujian Pasca Satu Kumpulan telah digunakan dalam kajian ini. Kesan penggunaan sumber-sumber dokumen teks sejarah terhadap kefahaman konsep substantif sejarah diukur dalam ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan. Seramai 55 orang murid yang ditentukan dengan menggunakan teknik cluster sampling daripada kelas sedia ada terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Ujian kefahaman konsep substantif sejarah telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian ANOVA Satu Hala dengan Pengukuran Berulang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sumber-sumber dokumen teks sejarah memberi kesan peningkatan dan kekekalan kepada kefahaman konsep substantif sejarah. Implikasi kajian ini adalah dalam menyediakan kandungan dan pelaksanaan strategi pembelajaran sejarah dengan menggunakan satu set koleksi sumber-sumber dokumen teks sejarah yang relevan dalam topik pelajaran sejarah.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here