z-logo
open-access-imgOpen Access
KESANTUNAN LINGUISTIK DALAM LAKUAN PENOLAKAN ORANG MELAYU, DALAM KONTEKS UNDANGAN PERKAHWINAN
Author(s) -
RADHIAH ISMAIL,
Roswati Abdul Rashid
Publication year - 2020
Publication title -
journal of business and social development
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2600-9668
DOI - 10.46754/jbsd.2020.09.007
Subject(s) - humanities , art
Penolakan merupakan lakuan linguistik yang sukar untuk dilaksanakan dan berpotensi untuk mencetuskan konflik. Bagi menghindar konflik dan mengurangkan kemungkinan menjatuhkan air muka pendengar, penutur akan menggunakan pelbagai strategi kesantunan dalam pengungkapannya. Penulisan ini bertujuan untuk memerihalkan strategi-strategi kesantunan linguistik yang digunakan oleh orang Melayu dalam lakuan bahasa penolakan terhadap undangan ke majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan dipilih sebagai konteks kajian kerana ia merupakan salah satu peristiwa penting dan bersejarah dalam kehidupan seseorang dan menghadirinya merupakan satu tuntutan agama. Seramai 40 orang responden Melayu terlibat dalam kajian ini. Ujian Melengkapkan Wacana atau DCT (Discourse Completion Test) merupakan instrument telah digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis berdasarkan model penolakan Beebe, et al. Dapatan menunjukkan majoriti responden menggunakan strategi tidak langsung untuk mengungkapkan penolakan. Strategi “mengemukakan alasan” dan “memohon maaf” telah dikenal pasti sebagai dua strategi yang paling kerap digunakan oleh responden. Dari aspek struktur penolakan pula, kebanyakkan responden memulakan penolakan dengan strategi “memohon maaf” diikuti oleh strategi-strategi yang lain. Kesimpulannnya, adab dan kesantunan berbahasa masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melayu ketika berkomunikasi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk melancarkan dan meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan masyarakat terutama yang melibatkan lakuan bahasa penolakan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here