
The Application of Spiritual Practices to Overcome Emotional and Behavioral Problems During the COVID-19 Pandemic
Author(s) -
Ahmad Sharifuddin Mustapha,
Che Adenan Mohammad,
Faisal Husen Ismail,
Mustapahayuddin Abdul Khalim,
Nur Zainatul Nadra Zainol,
Nik Kamal Wan Muhammed,
Mohamad Adib Mohamad Salih,
Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari
Publication year - 2022
Publication title -
al hikmah international journal of islamic studies and human sciences
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2637-0581
DOI - 10.46722/hkmh.5.1.22d
Subject(s) - humanities , psychology , art
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini sangat membimbangkan. Situasi ini telah memberi impak yang besar kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang diluar dari kebiasaan. Banyak masalah yang timbul kesan daripada pandemik ini seperti kehilangan pekerjaan, masalah psikologi sehingga berlakunya kejadianmembunuh dan bunuh diri. Manusia perlu kepada amalan kerohanian sebagai makanan jiwa agar tidak terpesong dan sentiasa berasa tenang dan tenteram. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan jenis amalan kerohanian menurut perspektif Islam dan mencadangkan panduan amalan kerohanian semasa tempoh pandemik COVID-19. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Hasildapatan kajian telah berjaya menghasilkan satu panduan yang boleh dilaksanakan oleh orang awam dalam membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi di samping menghayati Islam dengan baik.