z-logo
open-access-imgOpen Access
[ISSUES AND PROBLEMS IN HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS) OF TEACHING PRACTICES FROM IBN KHALDUN’S PERSPECTIVE] ISU DAN PERMASALAHAN (PdP) KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM AMALAN PENGAJARAN GURU MENURUT PANDANGAN IBN KHALDUN
Author(s) -
Mohamadariff Othman
Publication year - 2020
Publication title -
malaysian journal for islamic studies
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2550-2042
DOI - 10.37231/mjis.2020.4.1.135
Subject(s) - islam , islamic education , order (exchange) , sociology , pedagogy , higher order thinking , perspective (graphical) , psychology , mathematics education , theology , philosophy , computer science , professional development , artificial intelligence , business , finance , cognitively guided instruction
Higher order thinking skills (HOTS) is an important agenda in the education system in Malaysia today in line with the Malaysian Education Development Plan (2013-2025). Practices that integrate HOTS implementation has been across the entire subject with by sourced from levels of Bloom's Taxonomy, Anderson and Krathwohl. However, for Islamic Studies which is based on the Qur'an and Sunnah, implementation HOTS elements need to be translated through Islamic education philosophy of education that puts perfection in mind the major thrust in promoting this culture of thinking skills. The emergence of figures such as Ibn Khaldun's talk about the overall education of the mind based on the concept of God has established in the perspective of understanding diversity in this HOTS. Therefore, this study used the analysis process for analyzing the literature by examining the contents of which have in common synonym or fell within the purpose of the performance-based element of teaching higher-order thinking (HOTS). The findings resulted in four major elements in need is an integrated HOTS namely through aql tamyizi, aql tajribi, aqal nazori dan hakikat insaniyah translated through the implementation process based on the concept, integration and impact. Overall, the implementation of the PdP Islamic education should emphasize integrating HOTS guidelines have been established by Ibn Khaldun to ensure value appreciation and practice by the student meets the requirements established by the reference-based Islamic Educational Philosophy. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan suatu agenda penting di dalam sistem pendidikan di Malaysia masa kini selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Amalan pelaksanaan yang mengintergrasikan KBAT ini telah merentasi keseluruhan mata pelajaran bersumberkan kepada aras Taksonomi Bloom ubahan Anderson dan Krathwohl. Namun begitu, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, pelaksanaan elemen KBAT perlu diterjemahkan melalui Falsafah Pendidikan Islam yang meletakkan kesempurnaan pendidikan akal sebagai teras utama di dalam memacu pembudayaan kemahiran berfikir ini. Kemunculan tokoh-tokoh seperti Ibn Khaldun yang membicarakan secara menyeluruh pendidikan akal berteraskan konsep ketuhanan telah mengwujudkan kepelbagaian di dalam perspektif kefahaman KBAT ini. Untuk itu, kajian ini menggunakan proses penganalisisan secara analisis kepustakaan dengan meneliti isi kandungan yang mempunyai kesamaan sinonim atau terangkum di dalam maksud pelaksanaan pengajaran guru berteraskan elemen pemikiran aras tinggi (KBAT). Dapatan kajian menghasilkan empat elemen utama di dalam keperluan untuk menginterasikan KBAT iaitu menerusi aql tamyizi, aql tajribi, aqal nazori dan hakikat insaniyah yang diterjemahkan melalui proses pelaksanaan berasaskan konsep, intergrasi dan kesan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan PdP pendidikan Islam yang mengintergrasikan KBAT seharusnya menitikberatkan panduan yang telah dibentuk oleh Ibn Khaldun bagi memastikan nilaian penghayatan dan pengamalan oleh pelajar menepati kehendak yang ditetapkan berasaskan acuan Falsafah Pendidikan Islam.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here