z-logo
open-access-imgOpen Access
[Interaction Factors with Al-Quran in The Appreciation Process of Students’ Religious Lives in Ukm ] Faktor Interaksi dengan al-Quran dalam Proses Penghayatan Kehidupan Beragama Pelajar-Pelajar UKM
Author(s) -
Hasnan Kasan,
Mohd Fadzhil Mustafa,
Siti Sarah Haimi,
Umar Faruk
Publication year - 2017
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 1985-7667
pISSN - 2289-6325
DOI - 10.37231/jimk.2017.15.1.224
Subject(s) - miracle , psychology , islam , humanities , theology , philosophy
Al-Quran has elements of therapy to offer peace in daily life. Furthermore, the miracle of al-Quran via its sacred verses is able to treat the physical and spiritual illness. This miracle was revealed to the Prophet Muhammad as the Muslim holy book that is much different than any other books. However, the main concern to various parties, particularly among the students, is the neglect of interaction with al-Quran intensively. Thus, this study aimed to investigate the level of the UKM students’ internalization towards al-Quran and the differences among them in interacting with al-Quran. This study applied quantitative method and the findings were presented descriptively based on frequency and t-test analyses. The study concluded that the interaction between sub-factors believe and practice showed high mean score, while the mean scores of the other six sub-factors of interaction with al-Quran were found to tend to be higher. Further, the t-test showed a significant difference between genders in terms of interaction with al-Quran. Key Words: Miracle of al-Qur'an, interaction with al-Quran, internalization, religious life.   Al-Quran sebenarnya mempunyai unsur terapi bagi mendapatkan ketenangan dalam kehidupan seharian. Malah mukjizat al-Quran melalui ayat-ayat sucinya mampu merawat penyakit-penyakit zahir dan batin. Mukjizat ini telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai kitab suci umat Islam yang jauh berbeza dengan kitab-kitab lain. Namun, kenyataan yang sering membimbangkan banyak pihak khususnya terhadap para pelajar ialah pengabaian daripada sudut interaksi dengan al-Quran secara intensif. Justeru, kajian ini berusaha menjelaskan sejauh mana penghayatan para pelajar lelaki dan perempuan di UKM serta perbezaan di antara mereka dalam interaksi dengan al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan dapatan dipersembahkan secara deskriptif berasaskan ujian frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian merumuskan bahawa sub faktor interaksi beriman dan mengamalkan menunjukkan nilai skor min yang tinggi, manakala enam sub faktor daripada interaksi dengan al-Quran berada pada skor min cenderung tinggi. Seterusnya, keputusan ujian-t menunjukkan perbezaan interaksi dengan al-Quran yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.   Kata kunci: Mukjizat al-Quran, interaksi dengan al-Quran, penghayatan, kehidupan beragama.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here