
[Knowledge, Attitude and Awareness of First Year Medical Students of (Upm) on Medical Etnics] Pengetahuan, Sikap dan Kesedaran Pelajar Perubatan Tahun Pertama Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap Etika Perubatan: Satu Deskriptif dan Penemuan
Author(s) -
Nurdeng Deuraseh,
Fatin Nur Majdiordin
Publication year - 2017
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 1985-7667
pISSN - 2289-6325
DOI - 10.37231/jimk.2017.14.1.190
Subject(s) - medical ethics , medical education , psychology , humanities , medicine , philosophy , psychiatry
This study is a preliminary research about the readiness of first-year medical student of UPM on knowledge, attitude and awareness of medical ethics. The main objective of the study was to assess and identify the level of knowledge, interest and awareness of UPM medical students on medical ethics. In addition, this study also aims to determine the readiness of UPM medical students in medical ethics as applied in the main practice of their profession for the sake of public welfare. The data was obtained quantitatively through distribution of questionnaires to 88 respondents from first-year students in medical courses UPM. Data were analyzed using simple descriptive statistics. The study indicated that the level of knowledge of the first year UPM medical students to medical ethics is moderate. The level of awareness of the importance of medical ethics in medical institutions is also moderate. In a nutshell, the study shows that majority of the respondents have a high interest in medical ethics, at the same time give the conclusion that medical ethics is essential in a medical institution especially for the medical practitioners itself.
Keywords: ethics, medicine, knowledge, interest, awareness
Kajian ini merupakan satu tinjauan awal pengkaji tentang kesediaan pelajar perubatan tahun pertama UPM dari aspek pengetahuan, sikap dan kesedaran terhadap etika perubatan. Tujuan utama kajian ialah untuk mengkaji dan mengenal pasti tahap pengetahuan, minat dan kesedaran pelajar perubatan UPM terhadap etika perubatan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap kesediaan pelajar perubatan UPM dalam menerapkan etika perubatan sebagai amalan utama dalam profesion mereka untuk kesejahteraan masyarakat. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 88 responden yang terdiri daripada pelajar tahun pertama kursus perubatan di UPM. Data dianalisis menggunakan simple descriptive statistic. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar perubatan tahun pertama UPM terhadap etika perubatan adalah sederhana. Tahap kesedaran dalam mengenalpasti tahap kepentingan etika perubatan dalam institusi perubatan juga sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai minat yang tinggi terhadap etika perubatan sekaligus memberi kesimpulan bahawa etika perubatan amatlah penting dalam sesebuah institusi perubatan khususnya bagi pengamal perubatan itu sendiri.
Kata kunci: etika, perubatan, pengetahuan, minat, kesedaran.