Open Access
SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ DI MALAYSIA, PILIHAN IBU BAPA DAN WARISAN PENDIDIKAN ISLAM ANDALUS: SATU SOROTAN
Author(s) -
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi,
Mohd Rashidi Omar,
Muhamad Nor
Publication year - 2021
Publication title -
asian people journal
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2600-8971
DOI - 10.37231/apj.2021.4.1.241
Subject(s) - islamic education , islam , malay , dignity , political science , religious education , sociology , indonesian , pedagogy , law , social science , theology , philosophy , linguistics
This research paper examines the aspects of the importance of tahfeez study in Malaysia which is the choice of parents and the integration of the Andalusian (Spanish) Islamic education corpus in the tahfeez education system in Malaysia. Besides, research in this paper begins with a brief history of the educational progress Quran in the Malay and of religious institutions in Malaysia. Then, the awareness and choice of parents on tahfeez education as well as a brief description of the application of Islamic education Andalusia (Spain) in the tahfeez education system in Malaysia. Finally, the strengthening of the tahfeez institution in nurturing the generation and legacy of quality human beings. This study used the methodology of the library approach. Using documentary methods with scientific writing such as books, journals, proceedings, encyclopedias, which is called document analysis that can help to finish this study. The whole study found that there are elements that contribute to the selection of parents on tahfeez education and aspects of Andalusian Islamic education that can be implemented in the tahfeez education system in Malaysia. It is hoped that this research paper can be a key indicator of the country's tahfeez education policy so that its quality and dignity continue to be improved from time to time.
Keywords: Tahfeez Education System, Parental Choice, Islamic Education, Andalus
Abstrak: Kertas kajian ini mengkaji mengenai aspek-aspek kepentingan pengajian tahfiz di Malaysia yang menjadi pilihan ibu bapa dan pengintegrasian korpus pendidikan Islam Andalusia (Sepanyol) dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Rentetan itu, penelitian dalam kertas kajian ini dimulai dengan sejarah ringkas kemajuan pendidikan Al-Qurandi tanah Melayu dan institusi tahfiz di Malaysia. Kemudian kesedaran dan pilihan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz serta penghuraian serba sedikit tentang penerapan pendidikan Islam Andalusia (Sepanyol) dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Akhir sekali, pemantapan institusi tahfiz dalam menatijahkan generasi dan legasi insan yang berkualiti. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi, iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas persidangan, ensiklopedia dan lain-lain lagi yang dipanggil sebagai analisis dokumen bagi membantu menyiapkan kajian. Keseluruhan kajian ini mendapati bahawa, terdapat unsur-unsur yang menyumbang kepada pemilihan ibu bapa terhadap pendidikan tahfiz dan aspek-aspek pendidikan Islam Andalusia yang boleh diimplementasikan dalam sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Diharapkan kertas kajian ini mampu menjadi indikator utama terhadap dasar pendidikan tahfiz negara agar kualiti dan martabatnya terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Kata kunci: Sistem pendidikan tahfiz, pilihan ibu bapa, pendidikan islam, Andalus