z-logo
open-access-imgOpen Access
Emosi Takut dalam Hujan Sudah Teduh Zaharah Nawawi
Author(s) -
Nordiana Hamzah,
Azhar Wahid
Publication year - 2017
Publication title -
journal peradaban melayu
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 1675-4271
DOI - 10.37134/peradaban.vol12.7.2017
Subject(s) - humanities , psychology , philosophy
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis emosi takut yang terdapat dalam novel. Emosi takut membawa maksud perasaan tidak rasional, berlebihan dan ketakutan yang berulang-ulang dalam satu-satu situasi. Objektif kajian adalah untuk menganalisis emosi takut yang dialami oleh wanita Melayu yang terdapat dalam novel terpilih dan menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh mereka apabila berasa takut. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dan kajian teks. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak analisis teks dengan menggunakan kerangka teori emosi adaptasi dari kajian Nordiana Hamzah (2014). Sampel data ialah teks Zaharah Nawawi iaitu teks Hujan Sudah Teduh (2004). Dapatan kajian menunjukkan emosi protagonis wanita Melayu yang mulanya berasa takut tetapi akhirnya, mereka akan menukar emosi takut tersebut kepada emosi untuk melawan yang dikenali sebagai emosi tenaga. Hal ini dapat dianalisis melalui teknik penulisan, watak, gaya bahasa dan latar yang diperikan oleh pengarang bagi menggambarkan emosi takut. Signifikan kajian ialah, emosi wanita Melayu ialah paradoks kerana dalam keadaan takut , sebenarnya mereka penuh bertenaga sesuai dengan fitrah wanita yang nampaknya polos namun hati waja bagaikan besi.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here