
Unsur Estetik dalam Sajak karya Rahman Shaar
Author(s) -
Rahayu Akhesah,
Mohd Rosli Saludin,
Ghazali Din
Publication year - 2017
Publication title -
journal peradaban melayu
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 1675-4271
DOI - 10.37134/peradaban.vol12.3.2017
Subject(s) - humanities , art
Rahman Shaari bergiat dalam bidang penulisan pelbagai buku dan rencana sastera bukanlah asing dalam kalangan penulis khususnya pengkarya sastera. Bahkan beliau merupakan seorang penyair, penulis bebas dan ahli akademik negara. Kajian bertajuk ‘Unsur Estetik Dalam Sajak Karya Rahman Shaari’ ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis unsur estetika dalam beberapa sajak terpilih Rahman Shaari. Kajian ini juga menerapkan Teori Stilistik bagi mengkaji tentang bahasa yang diterapkan dalam hasil karya sajak beliau. Metodologi kajian ini melibatkan penyelidikan kualitatif berasaskan kajian teks. Karya beliau banyak menyentuh tentang tema alam, cinta, politik, setia kawan, patriotik, alam perkahwinan dan agama. Hasil kajian ini penting untuk mengapresiasi sumbangan karya Rahman Shaari dan berharap kajian ini menjadi pendorong untuk beliau terus menulis dalam dalam bidang puisi dan terus berjuang dalam menghasilkan karya dalam penghasilan sajak bahkan novel dan cerpen. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat membuktikan sumbangan Rahman Shaari sangat penting dalam memartabatkan bidang puisi dan merupakan satu wadah untuk memastikan kesinambungan kesenian puisi dalam bidang kesusasteraan Melayu dalam peradaban Melayu di seantero dunia.