
Aplikasi kognisi dalam Pengajaran dan Pembelajaran karangan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar tingkatan empat melalui Kaedah Hermeneutik
Author(s) -
Suppiah Nachiappan,
Sriraj Durailimgam,
Sandra Suffian
Publication year - 2017
Publication title -
journal peradaban melayu
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 1675-4271
DOI - 10.37134/peradaban.vol12.1.2017
Subject(s) - humanities , art
Kajian ini adalah satu usaha untuk mengkaji aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar tingkatan 4 berdasarkan kaedah Hermeneutik. Kaedah Hermeneutik merupakan satu cara atau kaedah tersirat yang digunakan untuk menginterpretasi teks dan mencari makna di sebaliknya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengetahui perkembangan kognisi dalam P&P yang efektif untuk menulis karangan Bahasa Malaysia. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar dan 2 orang guru sebagai responden. Hasil daripada kajian didapati terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh pelajar dan guru untuk meningkatkan pengetahuan dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia. Antara cara-cara yang digunakan oleh guru dan pelajar adalah seperti menggunakan bahan rujukan, menggunakan internet, mendapatkan bantuan guru, melatih pelajar, membaca keratan akhbar, meminta bantuan guru pakar dan memberikan tugasan dengan mengingati perkara yang relevan dan berkaitan dengan tajuk untuk meningkatkan pengetahuan dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia.