
Amalan Pentaksiran Berasaskan Produksi Bagi Kursus Bangsawan Di Sebuah Akademi Seni
Author(s) -
Rime Nazren Abd Razak
Publication year - 2020
Publication title -
jurai sembah
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2716-5523
DOI - 10.37134/juraisembah.vol1.1.2.2020
Subject(s) - humanities , general education , art , sociology , pedagogy
Kajian ini bertujuan untuk meneliti aktiviti, kaedah dan instrumen pentaksiran menerusi tajuk Amalan Pentaksiran Berasaskan Produksi bagi Kursus Bangsawan di sebuah Akademi Seni. Seramai 20 orang responden kajian yang terdiri daripada 10 orang pelajar kursus Bangsawan, lima orang tenaga pengajar kursus Bangsawan dan lima orang pakar bidang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini akan menggunakan Model Penilaian Kurikulum KIPP oleh Stufflebeam & Coryn (2014) bagi meneliti keseluruhan perjalanan pentaksiran secara berperingkat di dalam produksi yang mana melalui empat komponen KIPP iaitu konteks, input, proses dan produk. Teori Taksonomi Bloom (1956) dipraktikkan untuk melihat amalan pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran dan kriteria Metarubrik oleh Arter & McTighe (2001) digunakan untuk menganalisis dokumen rubrik produksi Bangsawan. Pengumpulan data secara pemerhatian dan temu bual dianalisis secara tematik bagi menemui hasil dapatan yang bersesuaian. Hasil kajian ini mempunyai dua implikasi. Dari sudut teoretis, kajian ini berjaya menggabungkan model penilaian kurikulum dengan teori objektif pengajaran dalam semakan pentaksiran produksi Bangsawan. Manakala dari sudut amalan, kajian ini menyediakan tatacara perlaksanaan pentaksiran secara tersusun mengikut kategori di dalam peringkat pentaksiran produksi Bangsawan. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada ilmu baru di dalam bidang kurikulum pendidikan terutama yang melibatkan pendidikan seni persembahan di Malaysia.