z-logo
open-access-imgOpen Access
Ketahanan mental dan kecerdasan emosi dalam kalangan atlet berpasukan dan individu
Author(s) -
Nurnadhira Nazri,
Norlena Salamuddin
Publication year - 2019
Publication title -
jurnal sains sukan and pendidikan jasmani
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2600-9323
pISSN - 2232-1918
DOI - 10.37134/jsspj.vol8.2.2.2019
Subject(s) - humanities , general education , psychology , art , pedagogy
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan ketahanan mental dan kecerdasan emosi terhadap atlet berpasukan dan individu. Borang soal selidik Mental Toughness Questionnaire 48 (MTQ48) diguna pakai untuk mengukur empat konstruk kajian ketahanan mental, iaitu keyakinan diri, komitmen, cabaran dan kawalan diri. Manakala Mayer-Salovey-Caruso Emotional Intelligence Test (MSCEIT) diguna pakai untuk mengukur 4 konstruk kajian kecerdasan emosi, iaitu persepsi emosi, penggunaan emosi, kefahaman emosi dan pengurusan emosi. Seramai 49 atlet dipilih sebagai sampel kajian dengan atlet yang menjadi sampel sekurang-kurangnya mewakili peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang sukan yang diceburi. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi konstruk ketahanan mental adalah keyakinan diri (min=3.76). Manakala bagi konstruk kecerdasan emosi, pengurusan emosi (min=3.73) mempunyai nilai min tertinggi. Namun begitu, kajian menunjukkan terdapat hubungan antara ketahanan mental dan kecerdasan emosi dalam kalangan atlet secara kesuluruhannya (r=0.472, p 0.05). Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati konstruk ketahanan mental dan kecerdasan emosi (r = 0.623, p<0.05) mempunyai hubungan yang signifikan terhadap atlet individu. Ini menunjukkan bahawa dapatan kajian ini memberi kesan kepada jurulatih, ahli psikologi dan atlet sendi dalam memahami pentingnya aspek piskologi dalam mencapai matlamat mereka.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here