z-logo
open-access-imgOpen Access
Kemahiran penaakulan saintifik murid sekolah rendah
Author(s) -
Suhaimi Zainol,
Noor Shah Saad,
Mohd Uzi Dollah,
Qismullah Yusof
Publication year - 2017
Publication title -
jurnal pendidikan sains and matematik malaysia/jurnal pendidikan sains and matematik malaysia
Language(s) - Azerbaijani
Resource type - Journals
eISSN - 2600-9307
pISSN - 2232-0393
DOI - 10.37134/jsspj.vol7.no1.1.2017
Subject(s) - physics , mathematics , humanities , art
Tujuan penyelidikan tinjauan ini adalah untuk menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) murid-murid tahap dua sekolah rendah serta mengkaji corak kemahiran penaakulan saintifik murid melalui Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah (UPSBD). Secara spesifiknya, objektif kajian adalah menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid tahap dua, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid tahun lima dengan murid tahun enam, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik murid lelaki dengan murid perempuan, membandingkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan murid tahap dua antara sekolah, dan menentukan corak kemahiran penaakulan saintifik murid tahap dua. Seramai 267 murid tahap dua yang terdiri daripada murid tahun lima dan tahun enam daripada lima buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah yang telah diterjemahkan daripada versi asal Lawson (2000). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min dan statistik inferensi seperti ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan murid masih berada pada tahap yang pertama dalam kemahiran penaakulan saintifik iaitu tahap operasi konkrit dengan min keseluruhannya adalah 1.0037. Tidak ada perbezaan yang signifikan antara murid tahun lima dengan murid tahun enam (t(265)=-0.996, p˃0.05). Begitu juga keputusannya bila perbandingan dibuat antara murid lelaki dengan murid perempuan (t(265)=1.116, p˃0.05). Perbandingan tahap kemahiran penaakulan saintifik antara sekolah juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (F(4,262) =1.010, p˃0.05). Corak kemahiran penaakulan saintifik tertumpu pada item satu iaitu aspek pengabdian berat dengan 23.6%. Manakala aspek pemikiran perkadaran lanjutan langsung tidak dapat dijawab dengan betul oleh responden kajian.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here