z-logo
open-access-imgOpen Access
Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Author(s) -
Norfarahi Zulkifli,
Mohd Isa Hamzah,
Khadijah Abdul Razak
Publication year - 2020
Publication title -
journal of research, policy and practice of teachers and teacher education/the journal of research, policy and practice of teacher's and teacher education
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2550-1771
pISSN - 2232-0458
DOI - 10.37134/jrpptte.vol10.1.6.2020
Subject(s) - humanities , instructional technology , general education , psychology , art , mathematics education , educational technology
Kemajuan teknologi masa kini menyaksikan perubahan dalam lanskap pendidikan yang banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran masa kini seiring dengan pendidikan abad ke 21. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 juga sangat memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan transformasi penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran. Pelan ini meletakkan lonjakan kesembilan iaitu pembelajaran dalam talian tahap global untuk transformasi sistem pendidikan dengan memanfaatkan teknologi maklumat bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Perkara ini juga bertepatan dengan Pendidikan 4.0 yang mengketengahkan kemahiran abad 21 yang sangat penting untuk diaplikasikan dalam pendidikan. Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan satu platform yang diperkenalkan sebagai satu pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun MOOC didapati dapat menambahbaik pengajaran dan meningkatkan penglibatan pelajar, terdapat banyak kajian lepas menunjukkan kesediaan pelajar menggunakan MOOC masih berada di tahap sederhana. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti halangan utama penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti perbezaan dari segi halangan penggunaan MOOC oleh pelajar mengikut demografi di sebuah politeknik di zon selatan. Kajian secara kuantitatif ini dijalankan dengan mentadbir soal selidik kepada 213 orang pelajar untuk mendapatkan maklum balas. Data diukur dengan menggunakan skala likert 1 hingga 5 dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk melihat analisis deskriptif dan inferensi kepada. Kesahan soal selidik juga telah dijalankan dan nilai alpha bagi soal selidik ialah, α = 0.887. Dapatan kajian menunjukkan sumber liputan internet/wifi menjadi halangan utama penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun pelajar memberikan komitmen dan bermotivasi untuk menggunakan MOOC.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here