
Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 Sekolah Rendah
Author(s) -
Norazlin Mohd Rusdin,
Mohd Uzi Dollah
Publication year - 2018
Publication title -
jurnal pendidikan sains and matematik malaysia/jurnal pendidikan sains and matematik malaysia
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2600-9307
pISSN - 2232-0393
DOI - 10.37134/jpsmm.vol8.2.7.2018
Subject(s) - humanities , mathematics , art
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid Tahun 3 sekolah rendah menyelesaikan masalah matematik berayat berdasarkan Model Penyelesaian Masalah Polya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan bertujuan dan melibatkan seorang peserta Tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara. Peserta ini berada pada tahap penguasaan baik dalam matematik. Pengumpulan data menggunakan Teknik Think Aloud, Protokol Temu Bual dan Senarai Semak Pemerhatian. Dapatan kajian yang berbentuk rakaman video, skrip penulisan penyelesaian masalah dan catatan penyelidik dianalisis secara kualitatif melalui lima proses iaitu penerokaan data kajian, transkripsi, mengorganisasi, pengkodan dan analisis dapatan. Analisis menjelaskan proses penyelesaian masalah oleh murid merujuk kepada Model Polya, khususnya strategi melukis gambar rajah. Hasil kajian menunjukkan peserta telah melaksanakan proses memahami masalah, merancang dan melaksanakan strategi, menyemak semula penyelesaian serta menggunakan strategi melukis gambar rajah secara agak menyeluruh dan berkesan dalam menyelesaikan empat soalan matematik berayat yang dikemukakan. Kesimpulannya, peserta berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat dengan melakukan keempat-empat langkah dalam model Polya. Implikasi kajian menunjukkan proses penyelesaian masalah berdasarkan 4 langkah Model Polya dan strategi melukis gambar rajah adalah sesuai dipratikkan dalam pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun 3 sekolah rendah.