Open Access
Penguasaan integrasi visual-motor kanak-kanak prasekolah di Sk, Sjkc dan Sjkt
Author(s) -
Atikah Mohd Tahir,
Faridah Yunus
Publication year - 2018
Publication title -
jurnal pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan/jurnal pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2550-178X
pISSN - 2289-3032
DOI - 10.37134/jpak.vol7.1.2018
Subject(s) - humanities , physics , psychology , art
Integrasi visual-motor (IVM) merupakan kebolehan untuk mengkoordinasi kemahiran persepsi visual dan motor halus. IVM mempunyai hubungan dengan kemahiran asas pembelajaran seperti membaca, menulis dan kemahiran matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah di SK, SJKC dan SJKT. Beery VMI-6 versi pendek telah digunakan untuk menaksir penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah. Seramai 359 orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih secara rawak menggunakan teknik pensampelan rawak kluster dari 20 buah institusi prasekolah KPM. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah di SK, SJKC dan SJKT. Kanak-kanak prasekolah di SJKC didapati mempunyai penguasaan IVM yang lebih tinggi daripada kanak-kanak prasekolah di SK dan SJKT. Kesimpulannya, kanak-kanak prasekolah dari jenis sekolah yang berbeza turut mempunyai penguasaan IVM yang berbeza. Perbezaan sukatan dan aktiviti pembelajaran dijangka memberi impak kepada penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah. Kajian lanjutan perlu memberi fokus kepada pengaruh etnik dan budaya terhadap penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah.