
Peningkatan Pencapaian dalam Pecahan: Kerangka Konseptual untuk Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital Menggunakan Minecraft
Author(s) -
Rayner Bin Tangkui,
Tan Choon Keong
Publication year - 2020
Publication title -
journal of ict in education
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 0127-9750
pISSN - 2289-7844
DOI - 10.37134/jictie.vol7.2.4.2020
Subject(s) - humanities , art
Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah membawa kepada berkembangnya inovasi dan kecanggihan permainan digital. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan digital adalah berkesan dalam menggalak keterlibatan, motivasi, minat serta peningkatan pencapaian murid dalam pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran berasaskan permainan digital juga mampu menyemai kemahiran abad ke-21 seperti kreativiti, komunikasi, kolaborasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Namun demikian, laporan Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia dalam matematik khususnya yang berkaitan dengan pecahan adalah kurang memuaskan iaitu berada di bawah skor purata antarabangsa. Pembelajaran berasaskan permainan digital yang mengaplikasi Minecraft dilihat mempunyai potensi untuk meningkatkan pencapaian murid dalam pecahan. Dengan itu, objektif kertas konsep ini adalah untuk membincangkan kerangka konsep bagi pembangunan persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment) melalui pembelajaran berasaskan permainan digital yang mengaplikasi Minecraft bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pecahan.