
Penerapan Model RESPECTFUL dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus Kaunseling Pelbagai Budaya
Author(s) -
Nur Taufiq,
Nur Azimah Khairulamin,
Laili Farhana Md Ibharim
Publication year - 2020
Publication title -
journal of ict in education
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
eISSN - 0127-9750
pISSN - 2289-7844
DOI - 10.37134/jictie.vol7.1.1.2020
Subject(s) - humanities , political science , art
Bagi mengatasi cabaran pendidik untuk menghasilkan generasi muda yang mempunyai fikiran aras tinggi, berdaya saing, dan kompeten dalam pendidikan berteraskan teknologi, bidang pendidikan memerlukan lebih banyak inovasi. Kertas konsep ini membincangkan tentang pembelajaran berasaskan permainan dalam kursus Kaunseling Pelbagai Budaya menggunakan model RESPECTFUL. Objektif kertas konsep ini ialah untuk membina sebuah kerangka konsep bagi pembangunan aplikasi permainan yang akan digunakan oleh kaunselor pelatih sebagai alat bantu belajar. Kajian perpustakaan telah dilakukan dan artikel serta jurnal telah dianalisis bagi mendapatkan rujukan yang berkaitan. Sebuah kerangka konsep telah dicadangkan bagi membina sebuah aplikasi permainan yang akan digunakan oleh kaunselor pelatih sebagai alat bantu belajar untuk mengetahui tahap penerimaan terhadap bakal klien yang datang daripada pelbagai kelompok budaya yang unik.