
Keindahan seni manik etnik Lun Bawang di Lawas, Sarawak
Author(s) -
Mohamad NurHanif Hazman,
Harozila Ramli,
Tajul Shuhaizam Said
Publication year - 2020
Publication title -
educatum : journal of social sciences/educatum journal of social sciences
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2462-2443
pISSN - 2289-9391
DOI - 10.37134/ejoss.vol6.1.5.2020
Subject(s) - geography , art , humanities
Kajian ini memfokuskan kepada keindahan seni manik etnik Lun Bawang di Lawas, Sarawak menerusi penghasilan kraf manik seramik dari segi olahan, penggunaan bahan, mereka corak dan proses penghasilannya. Cetusan idea kajian ini terhasil bertujuan untuk mengangkat seni manik etnik Lun Bawang ini ke peringkat lebih tinggi dan memberi pendedahan kepada etnik untuk memperlihatkan kearifan lokal etnik ini mampu mempengaruhi kreativiti seni manik di Sarawak. Keunikan kraf manik etnik Lun Bawang ini sebenarnya terletak pada reka corak motifnya yang digunakan, bahan serta cara penghasilannya. Motif-motif tradisional etnik ini digambarkan dan diinterpretasikan pada permukaan manik berfungsi untuk mencerminkan identiti dan kebudayaan etnik Lun Bawang dan memberi simbolik estetika yang tinggi serta keindahan pada manik tersebut. Kaedah kualitatif menerusi pendekatan historikal telah membuktikan bahawa masyarakat setempat bijak mengadaptasikan sumber alam dan identiti etnik mereka dalam penghasilan seni manik ini. Nilai keindahan apreasasi etnik Lun Bawang ini terhadap penghasilan seni manik dalam budaya mereka adalah satu refeleksi kearifan lokal terhadap ketelitian observasi tentang fungsi dan sifat bahan alam sebagai bahan utama bagi penghasilan objek seni terutama manik.