z-logo
open-access-imgOpen Access
Aspek Akhlak Berdasarkan Konsep Pembangunan Insan dalam Travelog Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan Karya Teme Abdullah
Author(s) -
Firuz-Akhtar Lubis,
Nurul Farahana Azman
Publication year - 2021
Publication title -
malay literature/malay literature
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8030
pISSN - 0128-1186
DOI - 10.37052/ml34(2)no7
Subject(s) - humanities , art , philosophy
Teori Takmilah ialah teori sastera Islam yang tidak asing lagi dalam dunia akademik khususnya dalam bidang kesusasteraan di Malaysia. Teori Takmilah lahir atas kesedaran dalam kalangan sarjana untuk mengetengahkan sastera yang bercirikan keislaman kepada khalayak umum. Namun demikian, kebanyakan kajian yang sedia ada menggunakan karya sastera filosofis sebagai bahan utama analisis dan kritikan tetapi menonjolkan karya bergenre moden seperti penulisan dalam bentuk travelog sebagai sebuah karya sastera. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan karya moden masa ini melalui catatan kembara di kota London, iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan sebagai sumber utama untuk penerapan konsep Teori Takmilah. Seterusnya, kajian ini turut memuatkan latar belakang seorang arkitek dan penulis buku yang terkenal dengan identiti yang misterinya, iaitu Teme Abdullah. Kajian ini memanfaatkan prinsip keenam Teori Takmilah, iaitu Prinsip Pengkarya Mengistikmalkan Diri untuk mengaitkan prinsip tersebut dengan konsep pembangunan insan dari aspek akhlak. Melalui kajian ini, dapat dinilai bahawa terdapat satu aspek utama yang boleh dikaitkan dengan pencapaian konsep pembangunan insan oleh seseorang individu mahupun pengkarya, iaitu menerusi aspek pembaikan akhlak yang berterusan bagi mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Terbukti bahawa aspek yang dianalisis ini berhubung kait secara langsung dengan Prinsip Pengkarya Mengistikmalkan Diri seperti yang digariskan dalam Teori Takmilah. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa karya Teme Abdullah yang bersifat kontemporari ini wajar dicirikan sebagai sebuah karya sastera Islam kerana mematuhi nilai-nilai terpuji yang selari dengan prinsip keislaman.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here