z-logo
open-access-imgOpen Access
Kecenderungan Neurotisme melalui Karekteristik Emosional dalam Personaliti Watak Karya Kreatif
Author(s) -
Mohd Shahremy Ikmal
Publication year - 2021
Publication title -
malay literature/malay literature
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8030
pISSN - 0128-1186
DOI - 10.37052/ml34(1)no7
Subject(s) - humanities , psychology , art
Penggemblengan watak dan perwatakan dalam penghasilan sesebuah novel merupakan elemen penting untuk memastikan penceritaan novel diterima oleh pembaca. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kewujudan karekteristik emosional melalui kecenderungan neurotisme dalam pembentukan personaliti watak karya kreatif. Masalah pembinaan watak dan perwatakan sering wujud dalam karya sastera disebabkan penciptaan tidak dekat dengan kehidupan sebenar manusia. Karekteristik emosional dalam kecenderungan neurotisme berkaitan dengan emosi manusia dalam penulisan dan penyampaian. Oleh itu, novel Andai Itu Takdirnya (2008) karya Siti Rosmizah Ismail yang mendapat penilaian tinggi di laman web Goodreads.com dan menjadi fenomena dalam kalangan pembaca novel di Malaysia telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Dalam menjalankan kajian ini, pertama sekali watak utama dalam novel ini dikenal pasti melalui naratif penceritaan. Kemudian, setiap watak utama dikelaskan berdasarkan kecenderungan emosional dalam karekteristik neurotisme melalui cirinya. Seterusnya, data dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan bersama dengan Teori Big Five Personality oleh McCrae dan Costa (1997) dan Model Lima Bahagian oleh Padesky (1986) yang digabungkan bersama untuk penyesuaian watak dan perwatakan. Berdasarkan analisis watak dalam novel yang dilakukan, pembentukan personaliti watak, dipengaruhi oleh ciri-ciri yang terdapat dalam model lima bahagian, iaitu yang terdiri daripada persekitaran, pemikiran, rasa hati, tingkah laku dan tindak balas perlu diterapkan dalam watak ciptaan pengarang. Hasil kajian ini dapat memberikan panduan kepada pengarang untuk membina personaliti watak dalam menghasilkan sebuah karya kreatif yang bernilai tinggi bagi memberikan kesan positif kepada pembaca.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here