z-logo
open-access-imgOpen Access
Pemaparan Elemen Emosi Berbentuk Kinesik sebagai Komunikasi Bukan Lisan Watak dalam Hikayat Putera Jayapati dan Hikayat Si Miskin
Author(s) -
Nadiatul Shakinah Abdul Rahman
Publication year - 2021
Publication title -
malay literature/malay literature
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8030
pISSN - 0128-1186
DOI - 10.37052/ml34(1)no3
Subject(s) - humanities , art
Manusia berkomunikasi menggunakan medium lisan seperti pertuturan dan penulisan. Komunikasi bertujuan untuk menyalurkan maklumat, pemikiran, sikap dan emosi seseorang individu kepada individu atau kelompok yang lain. Komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia kerana tanpa komunikasi manusia tidak dapat bertukar atau berkongsi pandangan, maklumat, pemikiran, perasaan dan emosi. Sehubungan itu, manusia akan saling berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi terbahagi kepada dua bentuk, iaitu secara lisan atau bukan lisan. Komunikasi lisan seperti bahasa lisan manakala, komunikasi bukan lisan seperti bahasa tulisan, bahasa isyarat, lukisan, kinesik, kronemik, paralinguistik, dan prosemik. Dalam konteks kajian ini, pemaparan elemen emosi dalam naskhah Melayu tradisional adalah sebagai salah satu bentuk komunikasi manusia yang diperlihatkan menerusi watak-watak di dalamnya. Kajian ini akan memfokuskan pemaparan elemen emosi berbentuk kinesik, iaitu komunikasi bukan lisan watak dalam naskhah Melayu tradisional. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data, iaitu analisis terhadap kandungan naskhah Melayu tradisional seperti Hikayat Putera Jayapati dan Hikayat Si Miskin. Selain itu, kajian ini juga akan menggunakan Teori Kognitif Arnold-Ellis bagi mengukuhkan hujahan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa antara pemaparan elemen emosi berbentuk kinesik diperlihatkan menerusi isyarat mata, wajah, sentuhan, gerakan anggota badan dan tingkah laku luar kawalan. Kajian ini dapat membuktikan bahawa manusia berkomunikasi antara satu sama lain menerusi ekspresi emosi dan tingkah laku mereka menerusi watak-watak yang dipaparkan dalam naskhah Melayu tradisional.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here