
Mekanisme Pemberian Hadiah sebagai Pengerat Hubungan Diplomatik dalam Warkah Kesultanan Melayu Bima kepada Belanda
Author(s) -
Salmah Jan Noor Muhammad,
Che Nuraini Che Puteh
Publication year - 2021
Publication title -
malay literature/malay literature
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8030
pISSN - 0128-1186
DOI - 10.37052/ml34(1)no2
Subject(s) - political science , humanities , philosophy
Kerajaan Bima merupakan antara kerajaan Islam yang mempunyai hubungan erat dengan Belanda. Hubungan ini terjalin dan semakin rancak apabila Bima diperintah oleh Sultan Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid merupakan pemerintah yang aktif yang menguruskan hubungan Bima dan Belanda. Pengukuhan hubungan tersebut berlaku menerusi penghantaran warkah yang merupakan medium penting pada masa tersebut untuk menyampaikan pesanan. Penulisan ini mengenal pasti warkah diplomatik yang dihantar oleh Bima kepada Belanda dan menganalisis jenis iringan hadiah yang diberikan sebagai mekanisme diplomatik. Bagi memperoleh data ini, suatu kajian kepustakaan telah dilakukan untuk memperoleh data kajian dan menggunakan Teori Diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Ahmed Musa (2009). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian hadiah yang diberikan oleh Bima kepada Belanda untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah kerajaan. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengkajian dan penelitian warkah kesultanan Melayu dan seterusnya menggalakkan dapatan baharu serta memperkembang ilmu tentang warkah kesultanan Melayu.