
Teori Moral Alamiah: Satu Gagasan
Author(s) -
Ah Fok Chong,
Bandar Seri Begawan Sekolah St. Andrew
Publication year - 2017
Publication title -
malay literature/malay literature
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8030
pISSN - 0128-1186
DOI - 10.37052/ml.30(1)no5
Subject(s) - humanities , art
Setelah hampir dua abad sarjana Timur khususnya Melayu menggunakan teori Barat, telah timbul beberapa pandangan atau kesedaran bahawa kebanyakan teori Barat itu tidak begitu sesuai dengan alam kesusasteraan Melayu. Mulai hujung abad ke 20, beberapa orang sarjana dan pakar sastera di Malaysia, terutamanya, telah memulakan usaha untuk menjana teori sastera dan kritikan. Lebih sepuluh teori sastera dan kritikan telah muncul dalam dunia sastera Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengkaedahan Melayu janaan Hashim Awang. Teori ini telah diguna pakai oleh beberapa orang mahasiswa dalam kajian tesis, pada peringkat sarjana muda hingga peringkat kedoktoran. Namun begitu, ada beberapa kritikan yang perlu diambil perhatian tentang teori tersebut yang akhirnya muncullah pemikiran baru untuk mewujudkan teori moral alamiah yang berakar daripada prinsip asas Pengkaedahan Melayu itu. Teori ini menekankan pengetahuan dan pengalaman yang terdapat dalam karya sastera, boleh menjadi teladan (mimesis) untuk membijaksanakan manusia. Kedua-duanya merupakan ilmu dalam karya sastera yang boleh didapati secara langsung ataupun melalui pentakbiran, pentakwilan atau pentafsiran penanda dalam karya. Unsur mimesis merupakan sebahagian daripada elemen ilmu dalam karya sastera yang menjadi sumber untuk dimanfaatkan. Kewujudan prinsip mimesis di sini bukan berlaku secara satu hala sahaja tetapi secara satu pusingan. Pembaca dapat mengambil iktibar daripada karya sastera yang dibacanya untuk kesejahteraan hidup beragama, bermasyarakat dan bernegara. Pendeknya, karya sastera terkandung di dalamnya ilmu dunia dan akhirat yang boleh membentuk minda dan jiwa seseorang pembaca di samping menampilkan unsur keindahannya. Kata kunci: Pengalaman, pengetahuan, teladan, mimesis, penanda Abstract For almost two centuries, Eastern scholars, Malays in particular, have employed Western theories in research. However, this has given rise to the realization that most Western theories are not compatible with the nature of Malay literature. From the end of the 20th century, some literature scholars, in Malaysia especially, began efforts to generate their own theories of literature and criticism. Their efforts have not been in vain. Over ten theories of literature and criticism have appeared on the literary scene. One of these is the Malay methodology theory of Hashim Awang (1998). This theory has been adopted by several students for their research theses, at the undergraduate right up to the doctoral level. However, there has been some criticism of the theory that has led to the formulation of a new theory, that of natural morality based on the fundamental principles of the Malay methodology. This theory emphasizes the knowledge and experience available in literature, which is to be used as a model or an ideal to be imitated (mimesis) to enrich human knowledge. The knowledge contained in literary works is to be gleaned both directly and through inference markers. Literature is the source of knowledge, and mimesis is a part of knowledge. Mimesis is not a one-way process but a circular one as readers can learn from reading literary works in order to achieve a harmonious life in the religious, societal and national sphere. In short, literary works contain knowledge of the material world and the hereafter, and are capable of moulding the mind and soul of a reader, apart from being beautiful. Keywords: Experience, knowledge, ideal, mimesis, markers/symbols