z-logo
open-access-imgOpen Access
Kearifan Tempatan Orang Melayu: Refleksi melalui Hikayat Pelandok Jenaka
Author(s) -
Sakinah Abu Bakar
Publication year - 2016
Publication title -
malay literature/malay literature
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8030
pISSN - 0128-1186
DOI - 10.37052/ml.29(1)no2
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Isu kemanusiaan menjadi subjek yang dominan dalam karya kesusasteraan kerana manusia dan kemanusiaan merupakan suatu gabungan elemen fizikal dan mental yang cukup kompleks. Kompleksiti itu terjadi kerana amalan kebudayaan yang berbeza mengikut negara, kaum, agama serta kepercayaan yang kemudiannya membentuk cara hidup, personaliti dan perwatakan. Kemanusiaan adalah nilai yang universal yang dapat digarap dan dimanfaatkan sebagai impak bermakna dalam kehidupan manusia daripada pembacaan terhadap genre kesusasteraan. Nilai ini turut dapat digarap dalam cerita binatang yang menjadi salah satu cabang cerita rakyat. Cerita binatang merupakan sisipan tindak tanduk manusia dan kemanusiaan menerusi watak-watak binatang. Watak dan perwatakan tersebut digarap oleh pengarang masa lampau sebagai pernyataan kemanusiaan dengan begitu halus dan menarik. Konflik antara watak-wataknya adalah paparan fenomena yang berlaku dalam kehidupan sebenar manusia. Isu kepimpinan, konflik dan penyelesaian dipersembahkan dalam penceritaan yang bersahaja, ringan dan berunsur lelucon. Unsur lelucon disaring dengan pemikiran jernih yang menyajikan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan fenomena alam sekitar. Artikel yang membincangkan kisah-kisah pilihan daripada Hikayat Pelandok Jenaka ini memaparkan konflik-konflik yang terjadi dalam kelompok masyarakat binatang serta kaedah penyelesaiannya sebagai refleksi kearifan masyarakat Melayu lampau. Kata kunci: cerita binatang, refleksi kearifan Melayu, Hikayat Pelandok Jenaka , penyelesaian konflik Abstract Human issues are the dominant subjects in literary works because the human element and humanity are related in complex ways. This complexity is due to different cultural practices according to one’s country, ethnicity, religion and belief, which in turn shape one’s way of life, personality and character. Literature, on the whole, attempts to reflect the differences, uniqueness and complexities of people’s lives. Humanity, however, is a universal value that has a meaningful impact on the lives of people, which can be gleaned from reading literary works. This universal value can be discerned in animal fables, which are one branch of folk tales. Animal fables reflect human actions through animal characters. Ancient storytellers used such characters and characterizations as subtle and interesting expressions of humanity. Conflicts between characters demonstrate phenomena that really take place in human life. Issues such as leadership, and conflict and resolution are presented in a light, casual and comedic style. The comedic element Clear thinking filters the comedic element and provides knowledge, especially concerning natural phenomena. This article discusses several fables from the Hikayat Pelandok Jenaka that deal with conflicts within the community and their methods of resolution in order to reflect the knowledge of the Malay community of the past. Keywords: animal fable, reflections of Malay knowledge, Hikayat Pelandok Jenaka, conflict resolution

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here