z-logo
open-access-imgOpen Access
Doktrin Caveat Emptor: Penilaian terhadap Akta Kontrak 1950 dan perundangan Islam
Author(s) -
Norhoneydayatie Abdul Manap,
Mat Noor Mat Zain
Publication year - 2021
Publication title -
kanun/kanun : jurnal undang-undang malaysia
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8057
pISSN - 0128-2670
DOI - 10.37052/kanun.33(2)no5
Subject(s) - caveat emptor , humanities , political science , physics , philosophy , law
Amalan caveat emptor yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada pembeli agar berhati-hati ketika melakukan transaksi merupakan satu doktrin yang telah diperkenalkan oleh common law sejak abad ke-13 lagi. Menerusi amalan ini, pihak penjual tidak bertanggungjawab untuk mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya kepada pembeli. Di Malaysia, doktrin ini tidak jelas dalam mana-mana peruntukan undang-undang. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemakaian doktrin caveat emptor ini dalam Akta Kontrak 1950. Selain itu, kajian ini juga melihat pandangan perundangan Islam berkaitan dengan amalan doktrin ini. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data dianalisis secara analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa peruntukan dalam Akta Kontrak 1950 yang mengamalkan doktrin caveat emptor, walaupun tidak diperuntukkan secara jelas dalam akta tersebut. Berdasarkan perundangan Islam pula, doktrin ini tidak sesuai dilaksanakan kerana bertentangan dengan prinsip yang terdapat dalam perundangan Islam. Oleh yang demikian, kajian mencadangkan agar pindaan dibuat terhadap peruntukan berkaitan dengan amalan caveat emptor yang terdapat dalam Akta Kontrak 1950.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here