z-logo
open-access-imgOpen Access
Fungsi Alat Repih Masyarakat Prasejarah Timur Sabah
Author(s) -
Siti Khairani Abd Jalil
Publication year - 2022
Publication title -
melayu/melayu : jurnal antarabangsa dunia melayu
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
eISSN - 2682-8049
pISSN - 1675-6460
DOI - 10.37052/jm.15(1)no1
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Alat repih merupakan repihan batuan yang digunakan sebagai alat untuk kerja-kerja ringan oleh masyarakat prasejarah. Repihan diperoleh dengan memecahkan batu teras semasa membuat alat pebel. Walau bagaimanapun, repihan yang diperoleh daripada batu teras menunjukkan bahawa terdapat penghasilan khusus untuk dijadikan sebagai alat repih. Penghasilan khusus ini menunjukkan masyarakatnya telah mempunyai pengetahuan menghasilkan alat repih. Alat repih hasil pemukulan manusia dapat dibezakan dengan repihan yang terpecah secara semula jadi berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada bulbar pemukulan, riak dan fisur. Artifak alat repih yang dianalisis adalah dari tapak Paleolitik di Lembah Tingkayu, iaitu tapak terbuka Tingkayu, Gua Madai dan Gua Baturong. Ketiga-tiga tapak ini terletak di bahagian Pantai Timur sabah. Dua daripadanya merupakan tapak gua daripada formasi batu kapur, iaitu Gua Baturong dan Gua Madai. sementara tapak Tingkayu ialah tapak terbuka. Analisis alat repih bagi ketiga-tiga tapak ini bertujuan untuk melihat fungsi alat repihnya sama ada mempunyai fungsi yang sama ataupun tidak. Analisis imej perlu dijalankan untuk mengenal pasti fungsi dan ketinggian nilai gilapan yang terhasil bagi aktiviti yang berbeza. Hasil analisis kesan guna menunjukkan masyarakat prasejarah Timur sabah secara umumnya menggunakan alat repih untuk menggerudi, menghiris, mengikis, meraut dan kegunaan pelbagai fungsi. Kajian ini membuktikan masyarakat awal Timur sabah lebih bersifat ekonomik dalam penghasilan alat batu kerana alat repih digunakan untuk pelbagai fungsi.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here