
Bahasa Lindung Nilai dalam Bukti Perundangan Niat Jenayah: Satu Analisis Pragmatik
Author(s) -
Nur Adlina Ahmad Azmi,
Zaitul Azma Zai Hamzah,
Mohd Izhar Ahmad Azmi
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal bahasa/jurnal bahasa
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2462-1889
pISSN - 1511-9084
DOI - 10.37052/jb21(1)no5
Subject(s) - humanities , political science , physics , philosophy
Bukti Perundangan Niat Jenayah ialah penyiasatan terperinci tentang bukti niat jahat seseorang yang tertuduh. Dalam perbicaraan mahkamah, hakim, pihak pendakwaan dan peguam bela akan menggunakan bahasa lindung nilai atau bahasa berhati-hati untuk mendapatkan keterangan daripada tertuduh atau saksi yang boleh membantu untuk menganalisis niat tertuduh. Artikel ini membincangkan penggunaan bahasa lindung nilai oleh pihak perundangan mahkamah dalam mendapatkan keterangan daripada tertuduh dan saksi untuk tujuan menganalisis niat tertuduh dalam perbicaraan mahkamah. Kajian kes ini menggunakan Prinsip Kerjasama Grice (1975) untuk menganalisis data soal-balas antara pihak pendakwaan, saksi pihak pendakwa dan peguam bela. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan bahasa lindung nilai atau bahasa berhati-hati dalam perbicaraan mahkamah adalah ketika pihak penghakiman dan saksi pendakwa memberikan keterangan maklum balas kepada pihak perundangan mahkamah. Kedua-dua pihak menggunakan bahasa lindung nilai untuk memberikan tindak balas secara sopan. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan bahasa lindung nilai mempunyai sumbangan dalam memberikan makna keterangan, sekali gus dapat diklasifikasikan sebagai proposisi dalam penghujahan pihak perundangan mahkamah dan memperlihatkan pematuhan dari segi maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim hubungan dan maksim cara. Dapatan ini juga turut menonjolkan tindak balas sopan oleh pihak pendakwaan, peguam bela dan saksi pendakwa kepada hakim.