
Implikasi Gaya Pembelajaran Koperatif Subjek Sains Bagi Murid Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang
Author(s) -
Nadia Abdul Rahim,
Nor Aqilah Meor Fadzir,
Nur Adilah Hani Zaimal,
Firli Fairulyzan Arias Yahaya,
Zatul Iffah Zainol,
Mohd Razimi Husin
Publication year - 2021
Publication title -
journal of humanities and social sciences
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2721-8104
pISSN - 2721-804X
DOI - 10.36079/lamintang.jhass-0302.238
Subject(s) - humanities , psychology , general education , mathematics education , art
Kajian ini adalah sebuah kajian bagi meneroka ekologi pendidikan secara spesifik. Di mana, kajian ini adalah berfokuskan kepada Implikasi Gaya Pembelajaran Koperatif dalam Stimulus Sosial terhadap pembelajaran subjek Sains. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang bercirikan Kajian Kes. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Rawang, Selangor. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seorang Guru Sains, yang berpengalaman mengajar selama 16 tahun. Proses perolehan data pula, diperolehi melalui sesi temu bual bersama responden melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Instrumen kajian yang digunakan adalah 10 soalan temu bual yang dirangka selari dengan persoalan kajian. Dapatan kajian yang diperoleh, menjelaskan bahawa, gaya pembelajaran koperatif dapat menarik minat serta pemahaman murid tahap dua dalam mata pelajaran Sains. Malah ia dapat menampilkan ciri ciri murid yang memenuhi kehendak aspirasi pendidikan negara. Ini adalah kerana, kemahiran komunikasi dan interaksi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran bersosial dan nilai-nilai sosial serta kepimpinan dapat diterapkan secara tidak langsung dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif.
Implications of Cooperative Learning Style of Science Subjects for Level Two Students in Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang
Abstract: This study is a study to explore the ecology of education specifically. Where, this study is focused on the Implications of Cooperative Learning Style in Social Stimulus on the learning of Science subjects. This study is a qualitative study characterized by a Case Study. This study was conducted in one of the primary schools in Rawang, Selangor. The respondent involved in this study was a Science Teacher, with 16 years of teaching experience. The data acquisition process, on the other hand, was obtained through an interview session with the respondents through a semi -structured interview method. The research instrument used was 10 interview questions designed in parallel with the research questions. The findings of the study, explain that, cooperative learning style can attract the interest and understanding of level two students in the subject of Science. In fact, it can feature the characteristics of students who meet the needs of the country's educational aspirations. This is because, communication and interaction skills, creative and critical thinking skills, problem solving skills, group work skills, social skills and social values as well as leadership can be applied indirectly in the implementation of cooperative teaching and learning.
Keywords: Learning Implications, 21st Century Learning, Cooperative Learning.