z-logo
open-access-imgOpen Access
Pelajar Introvert di Sekolah
Author(s) -
Nur Hayati Hadi,
Mohd Razimi Husin,
Ebelind Min Slanjat,
Siti Wardah Hussin,
Nuratikah Ja’afar,
Vanessa Sofia Leonard,
Josita Sawai Richard,
Shaneesa Edwin
Publication year - 2019
Publication title -
journal of humanities and social sciences
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2721-8104
pISSN - 2721-804X
DOI - 10.36079/lamintang.jhass-0101.99
Subject(s) - humanities , psychology , philosophy
Jenis personaliti remaja dapat dibincangkan melalui penampilan bentuk perlakuan sama ada cenderung kepada ekstrovert, introvert ataupun ambivert. Kajian ini mengkaji tentang pelajar introvert. Teori personaliti yang mempunyai kaitan dengan kajian ini adalah Teori Tiga Faktor (TTF) dan Teori Psikososial. Salah satu aspek perbezaan individu yang ketara antara seseorang pelajar dengan pelajar lain ialah aspek personaliti. Pelajar yang mempunyai personaliti introvert ialah individu yang yang pendiam, pasif, terlampau banyak berfikir dan kurang bertindak serta tindak tanduknya kurang mahu mengambil risiko. Hasil kajian juga menunjukkan pelbagai faktor yang membawa kepada seseorang pelajar tersebut menjadi introvert iaitu faktor keluarga, persekitaran kelas, sejarah lampau dan sifat semula jadi. Personaliti introvert dalam diri pelajar ini memberi kesan kepada mereka dari aspek akademik, kokurikulum dan sosial. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar introvert ini misalnya melalui peranan pihak sekolah. Cadangan yang lain yang dikemukakan oleh responden ialah penggunaan alat bantu mengajar yang menarik serta sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here