
Sistem Temujanji Interaktif Berasaskan WEB
Author(s) -
Nurul Haziqah Hasbullah,
Noor Anida Zaria Mohd Noor
Publication year - 2020
Publication title -
journal of engineering, technology and applied science
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
eISSN - 2721-8090
pISSN - 2721-7949
DOI - 10.36079/lamintang.jetas-0203.144
Subject(s) - humanities , computer science , philosophy
Kajian ini menghasilkan sistem berasaskan web yang bertujuan untuk memudahkan penepatan temujanji bagi pensyarah Jabatan Komputeran, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif dan pelajar program Kejuruteraan Perisian (AC10) yang dikenali sebagai AC10 Appointment System. Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah untuk memudahkan pelajar membuat temujanji dengan pensyarah dengan lebih teratur dan tersusun disamping memudahkan urusan pensyarah menerima termujanji yang akan dibuat oleh pelajar. Sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan metodologi prototaip. Instrumen soal selidik telah digunakan untuk menguji fungsi dan kebolehgunaan AC10 Appointment System. Seramai 20 orang pelajar dari program Kejuruteraan Perisian telah dipilih sebagai respondent untuk kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa sistem berasaskan web AC10 Appointment System diterima dengan baik dan berharap sistem ini dapat digunakan bagi memudahkan urusan membut temujanji di antara pensyarah dan pelajar.