z-logo
open-access-imgOpen Access
Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di Sekolah
Author(s) -
Ngo Yew Yung
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of humanities, management and social science (ij-humass)
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2685-2330
pISSN - 2685-2322
DOI - 10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Konsep buli boleh dilihat kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam tingkahlaku buli seperti pembuli, mangsa buli, tujuan dan kesan tingkahlaku buli. Lumrahnya pembuli adalah mereka yang mempunyai sifat sebagai orang lebih kuat, berkuasa dan lebih bermampuan untuk melakukan tingkah laku buli.  Kekuatan ini biasanya boleh diperlihatkan sama ada ia adalah secara berseorangan atau berkumpulan. Mereka yang menjadi mangsa kepada pembuli adalah mereka yang lebih lemah dan tidak bermampuan untuk menandingi kekuatan dan kekuasaan si pembuli. Kelemahan ini termasuk lemah dari aspek fizikal dan lain-lain.Oleh kerana itu, maka dilakukan kajian mengenai gejala buli secara fizikal yang semakin berleluasa di sekolah. Objektif kajian ini terdiri dari objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum iaitu untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan buli di kalangan para pelajar di sekolah. Objektif khusus kajian ini iaitu untuk megenal pasti siapa yang sering membuli dan dibuli, mengetahui adakah pelajar perempuan terlibat dalam perbuatan buli secara fizikal, melihat perbezaan masalah buli fizikal yang dihadapi mengikut peringkat umur, mengenal pasti ciri-ciri pelajar yang sering dibuli di sekolah, mengenal pasti perbezaan umur pelajar yang membuli dan dibuli, mengetahui lokasi yang sering berlaku kegiatan buli fizikal di sekolah, dan mengetahui pengalaman guru tentang gejala buli yang serius menyebabkan campur tangan polis. Metodologi kajian ini iaitu reka bentuk kajian gejala buli secara fizikal yang semakin berleluasa di sekolah adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan keadah temu bual. Antara temu bual yang telah pengkaji buat adalah temu bual semi struktur. Format semi struktur terletak di antara temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Secara keseluruhan, melalui dapatan kajian yang dibentangkan maka dapatlah dirumuskan mengenai perlakuan buli. Perlakuan buli di sekolah menengah sesuatu yang perlu diambil perhatian serius seperti mana di sekolah-sekolah dalam bandar dan luar bandar yang lain.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here