
Contributing Factors in Publications among Academicians
Author(s) -
Nasrudin Subhi,
Nor Jana Saim,
Salien,
Mastura Mahmud,
Norulhuda Sar
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of recent technology and engineering
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2277-3878
DOI - 10.35940/ijrte.b1009.0982s1019
Subject(s) - physics , humanities , general education , psychology , mathematics education , philosophy
Kecemerlangan ahli akademik di universiti pada masa kini ditentukan melalui beberapa indikator, antaranya bilangan penerbitan yang tinggi. Ahli akademik yang mempunyai bilangan penerbitan yang tinggi selalunya akan menjadi perhatian rakan sekerja dan majikan kerana mampu membawa reputasi yang baik kepada universiti. Pentadbir menggunakan penerbitan sebagai salah satu kriteria utama dalam mengukur kompetensi seseorang ahli akademik dan menentukan kenaikan pangkat. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi penerbitan dalam kalangan tenaga akademik di UKM. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul dan menganalisis dapatan. Temu bual mendalam dengan menggunakan soalan separa struktur menjadi kaedah utama pengumpulan data. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang informan yang terdiri daripada dua kumpulan sasaran iaitu kumpulan cemerlang menerbit dan kumpulan kurang menerbit. Analisis dilakukan secara tematik. Keputusan kajian mendapati tiga faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan penerbitan iaitu (i) peribadi (ii) iklim tempat kerja dan (iii) hubungan interpersonal di tempat kerja. Kesimpulan, kejayaan dalam menentukan kecemerlangan penerbitan memerlukan keseimbangan dan kesejahteraan persekitaran sosial. Saranan daripada kajian ini boleh dijadikan sandaran sebagai usaha membantu pihak pengurusan universiti untuk melonjakkan penerbitan dalam kalangan tenaga akademik universiti.