z-logo
open-access-imgOpen Access
LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA
Author(s) -
Wan Hussain Wan Ishak,
Fadhilah Mat Yamin
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of education, psychology and counseling
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0128-164X
DOI - 10.35631/ijepc.432005
Subject(s) - humanities , art
Literasi ICT atau kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan pelajar merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan masa kini. Ini kerana pada masa kini, ICT merupakan salah satu pemangkin utama kemajuan sesebuah negara. Revolusi industri 4.0 misalnya, menekankan pengunaan ICT dalam setiap aspek operasi organisasi. Organisasi yang tidak menggunakan ICT akan ketinggalan dan lemah daya saing mereka berbanding organisasi lain. Selaras dengan itu, pihak industri memerlukan pelajar yang berkemahiran tinggi bagi membolehkan mereka maju kehadapan seiring dengan pesaing mereka. Sehubungan itu, kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar bagi mengukur tahap literasi ICT mereka. Secara keseluruhannya, tahap literasi semasa pelajar adalah baik terutama dalam aspek penggunaan perisian aplikasi. Walau bagaimanapun aspek pengetahuan teknikal seperti memasang dan menggunakan peralatan ICT, tahap literasi pelajar adalah sederhana. Dapatan ini menunjukkan pelajar masih perlu meningkatkan tahap literasi ICT mereka melalui latihan dan amalan ICT yang konsisten sepanjang pengajian mereka di universiti.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here