z-logo
open-access-imgOpen Access
HUBUNGAN ANTARA KEPUASAN KERJA DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN DALAMAN STAF MAJLIS SUKAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
Author(s) -
Phylicia Siew Ching Phoa,
Mohamad Nizam Nazarudin
Publication year - 2019
Publication title -
international journal of education, psychology and counseling
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 0128-164X
DOI - 10.35631/ijepc.4320012
Subject(s) - humanities , art
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerja dengan kualiti perkhidmatan dalaman dikalangan staf Majlis Sukan Negeri-Negeri di Malaysia. Responden kajian ini telah dipilih menggunakan kaedah persampelan berperingkat yang terdiri daripada 155 orang staf Majlis Sukan Negeri-Negeri di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Kepuasan kerja dan kualiti perkhidmatan dalaman adalah pada tahap yang tinggi. Terdapat hubungan positif yang tinggi dan sangat kuat serta signifikan antara kepuasan kerja dengan kualiti perkhidmatan dalaman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan adanya kajian ini maka pihak pengurusan dapat menfokuskan kepada elemen atau aspek kepuasan kerja yang diyakini mampu mempengaruhi kualiti perkhidmatan dalaman dalam sesebuah organisasi dan juga prestasi sesebuah organisasi tersebut.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here