
Kepentingan Pengajian Al-Quran dalam Membangunkan Peradaban: Kajian Kes dalam Kelas Pengajian Al-Qur’an, Tajwid & Bahasa Arab untuk Awam di Pusat Bahasa (CELPAD), UIAM
Author(s) -
Ahmad Nabil Amir
Publication year - 2021
Publication title -
al-bayan
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2621-3699
pISSN - 2615-2568
DOI - 10.35132/albayan.v5i1.167
Subject(s) - humanities , islamic education , political science , physics , philosophy , theology , islam
Kertas ini membincangkan kepentingan pengajian al-Qur’an dan ilmunya dalam membangunkan peradaban Islam. Bagi memperoleh data dan materi kajian, studi kes dijalankan dalam Kelas Pengajian Al-Qur’an, Tajwid & Bahasa Arab yang dikendalikan oleh Pusat Bahasa (CELPAD), UIAM. Ia melihat kaedah dan teknik pengajaran yang diterapkan dalam kuliah, serta pencapaian dan keberkesanannya dalam memberi kesedaran kepada orang awam dalam menghayati nilai-nilai asas dari ajaran al-Qur’an untuk membangunkan diri dan umat. Metode kajian adalah berlandaskan pemerhatian, serta temubual dan soal selidik dengan tenaga pengajar dan para peserta untuk melihat tahap pemahaman mereka tentang signifikasi kelas pengajian ini dalam meningkatkan kesedaran agama dan membangunkan jati diri dan umat. Pada umumnya, kuliah yang dianjurkan telah berhasil menanamkan nilai dan input agama yang berkesan dalam menggilap kefahaman para peserta terhadap ilmu al-Qur’an. Dalam hal ini, usaha peningkatan harus diteruskan dengan menekankan aspek tajdid dalam kerangka silibus dan proses pembelajaran. Ini diketengahkan dalam kertas ini dengan mencadangkan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan standard dan kualiti pengajian dengan rekonstruksi dan inovasi dalam pengajaran serta pengintegrasian kurikulumnya dengan ilmu-ilmu kemanusiaan dan pemikiran semasa. Kesimpulannya, dengan konsekuensi yang jelas dari keberkesanan menganjurkan kelas pengajian al-Qur’an untuk orang awam ini, maka inisiatif ini harus dikembangkan dengan lebih aggresif dan meluas bagi melahirkan generasi celik al-Qur’an yang dapat memberikan sumbangan yang instrumental dalam membina tamadun dan peradaban.