
Pandangan Dalam Kalangan Kaum Melayu dan Cina di Kawasan Sibu Terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
Author(s) -
Dayang Airil Izzah Abang Ahmad Zaini,
Stanley Bye Kadam-Kiai
Publication year - 2021
Publication title -
trends in undergraduate research (online)
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2637-093X
DOI - 10.33736/tur.3935.2021
Subject(s) - political science , humanities , art
Pelaksanaan GST merupakan satu strategi makroekonomi dalam merangsang pertumbuhan ekonomi di peringkat nasional. Pengumuman pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada April 2015 yang lepas telah membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Lebih keruh lagi apabila masyarakat terpengaruh oleh andaian negatif tentang GST dan pada masa itu, Barisan Nasional (BN) terpalit dengan skandal rasuah serta hutang negara melambung naik. Keresahan rakyat apabila terdapat persepsi bahawa GST berpotensi untuk meningkatkan kos sara hidup. Tingkah laku politik masyarakat juga berubah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-14 apabila pertama kali dalam sejarah UMNO-BN telah kalah dan diganti dengan Pakatan Harapan (PH). Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi kaum Melayu dan Cina terutamanya di sekitar kawasan Sibu yang berada di kawasan Democratic Action Party (DAP) iaitu parti pembangkang, terhadap pelaksanaan GST dari aspek pengetahuan am mengenai GST, kesannya terhadap taraf kehidupan dan sumbang saran dasar tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan mengenai GST dalam kalangan kaum Melayu dan Cina serta mengenal pasti sama ada kaum Melayu masih setuju dengn pelaksanaanya jika kutipan GST untuk membayar hutang negara.