
Impak Industri Pelancongan Terhadap Penduduk Kampung Tellian Tengah, Mukah, Sarawak: Satu Kajian Awal
Author(s) -
Nur Farahin Binti Shudie,
Nicholas Gani
Publication year - 2020
Publication title -
trends in undergraduate research (online)
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2637-093X
DOI - 10.33736/tur.2655.2020
Subject(s) - humanities , art
Industri pelancongan merupakan salah salah satu aktiviti ekonomi yang mampu memberi pelbagai impak, baik yang positif mahupun yang negatif, kepada penduduk setempat. Makalah ini membentangkan hasil awalan kajian yang telah dijalankan terhadap impak industri pelancongan masyarakat Melanau di Lamin Dana kepada penduduk setempat yang tinggal di Kampung Tellian Tengah, Mukah. Pengumpulan data untuk kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan di kalangan penduduk Kampung Tellian Tengah. Data kajian dianalisis secara kualitatif untuk mengenalpasti impak-impak hasil daripada aktiviti pelancongan di Lamin Dana. Hasil analisis awal mendapati impak yang telah dialami oleh penduduk setempat adalah dalam aspek ekonomi, budaya dan kehidupan, serta infrastruktur dan persekitaran.