z-logo
open-access-imgOpen Access
Saiz Kosa Kata dan Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Author(s) -
Uraidah Abdul Wahab,
Mat Taib Pa,
Lily Hanefarezan Asbulah
Publication year - 2021
Publication title -
issues in language studies
Language(s) - Slovenian
Resource type - Journals
ISSN - 2180-2726
DOI - 10.33736/ils.2794.2021
Subject(s) - humanities , physics , psychology , art
Saiz dan kedalaman kosa kata merupakan dua disiplin ilmu yang mempunyai perkaitan. Keterbatasan kosa kata adalah antara punca kegagalan pelajar menguasai teks bacaan, berkomunikasi dan menghasilkan penulisan yang baik. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara saiz kosa kata dan pengetahuan kolokasi bahasa Arab. Dua set ujian iaitu; ujian saiz kosa kata dan ujian kolokasi bahasa Arab telah diedarkan kepada pelajar tingkatan enam yang mengambil subjek bahasa Arab di sekolah menengah agama di Malaysia. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dengan memilih seramai 150 orang pelajar yang sedang mengikuti kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari empat buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Perak. Dapatan kajian menunjukkan hubungan antara saiz kosa kata dan pengetahuan kolokasi bahasa Arab berkorelasi secara signifikan (r = .76, p < .01) bahkan perhubungan positif yang kuat. Namun, hasil nilai varians r² membuktikan bahawa hanya 57.7 peratus corak peningkatan faktor pengetahuan kolokasi bahasa Arab dijelaskan oleh perubahan corak saiz kosa kata, selebihnya oleh faktor lain yang tidak dapat dikesan. Penemuan kajian ini berjaya menonjolkan dapatan baharu bahawa peningkatan pengetahuan kolokasi bahasa Arab bukan diperoleh sepenuhnya melalui penguasaan saiz kosa kata. , Pelajar dan guru perlu memanfaatkan kepelbagaian strategi, pendekatan dan teknik dalam meningkatkan pengetahuan kolokasi bahasa Arab

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here