z-logo
open-access-imgOpen Access
Ketidakpatuhan Maksim Perbualan dan Komunikasi Berkesan dalam “Soal Rakyat”
Author(s) -
Indirawati Zahid
Publication year - 2020
Publication title -
issues in language studies
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2180-2726
DOI - 10.33736/ils.2116.2020
Subject(s) - humanities , mathematics , physics , art
Keberkesanan komunikasi sering kali dikaitkan dengan pematuhan maksim perbualan (MP) yang diusulkan oleh Grice (1975). Terdapat empat MP yang diusulkan, iaitu Kuantiti (MPKTT), Kualiti (MPKLT), Hubungan (MPHUB) dan Cara (MPCR). Ketidakpatuhan MP dianggap sebagai ketidakberkesanan komunikasi. Walau bagaimanapun, kajian telah membuktikan bahawa ketidakpatuhan MP tidak bererti komunikasi yang berlangsung tidak berkesan. Analisis yang dilakukan ini menggunakan temu bual berkisar politik, iaitu Soal Rakyat (SR) sebagai korpus. SR disiarkan di televisyen. Analisis yang dilakukan mempunyai dua objektif, iaitu pertamanya, mengklasifikasi ketidakpatuhan MP dan kedua, membincangkan tujuan serta faktor berlakunya ketidakpatuhan MP dan keberkesanan komunikasi dari perspektif Melayu. Analisis yang dilakukan mengaplikasi kaedah penyelidikan kualitatif, antaranya muat turun, transkripsi dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan berlakunya ketidakpatuhan keempat-empat MP dalam SR dengan MPKTT dan MPCR memperlihatkan kecenderungan yang tinggi. Ketidakpatuhan MP tidak menjejaskan keberkesanan komunikasi berdasarkan lima faktor, iaitu latar belakang khalayak, isu semasa, budaya, konteks komunikasi dan wibawa interlokutor. Ketidakpatuhan MP dilakukan bertujuan memberikan penjelasan, membuat penegasan, melahirkan rasa tidak puas hati/marah tentang sesuatu isu dan berkata benar/jujur. Rumusannya, dapatan ini telah menyangkal MP Grice  yang dikatakan bersifat universal  dan sekali gus menolak pendapat Grundy (2008).

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here