
Kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Sarawak : Satu tinjauan awal
Author(s) -
Wan Robiah Meor Osman
Publication year - 2013
Publication title -
issues in language studies
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
ISSN - 2180-2726
DOI - 10.33736/ils.1674.2013
Subject(s) - humanities , geography , sociology , art
Masyarakat Melayu Sarawak merupakan salah satu sub-etnik terbesar di Sarawak. Masyarakat ini bertutur dalam dialek Melayu Sarawak yang mempunyai variasi mengikut daerah atau kawasan geografi masing-masing. Dalam era modenisasi yang dipayungi oleh kepelbagaian etnik dilihat terdapat kosa kata dialek Melayu Sarawak yang mulai ditinggalkan oleh generasi muda. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Melayu Sarawak. Kajian ini memanfaatkan soal selidik yang mengandungi 10 kata sifat yang diberikan kepada 100 orang responden untuk melihat sama ada mereka memahami makna dalam bahasa Melayu Standard. Dapatan mendapati bahawa kebanyakan responden tidak memahami sebilangan besar makna kata sifat (misalnya ganjo, dumba-dumba, puro), dan sebahagiannya pula memberikan maksud yang salah untuk kata sifat yang diberikan (misalnya, acar, bengak, langa). Justeru, penggunaan kata tradisi yang semakin terhakis dan asimilasi terhadap bahasa Melayu standard akan mengurangkan kelestarian dan penggunaan kosa kata tradisi ini dalam interaksi sosial dalam kalangan generasi muda Melayu Sarawak.