z-logo
open-access-imgOpen Access
Kemahiran menulis dalam bahasa arab menerusi aktiviti ‘Jawlah Lughawiyyah’
Author(s) -
Mohd Firdaus Yahaya
Publication year - 2014
Publication title -
issues in language studies
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2180-2726
DOI - 10.33736/ils.1666.2014
Subject(s) - humanities , physics , art
Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada empat kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai dalam proses pembelajaran bahasa. Selain aktiviti P&P di dalam kelas, aktiviti bahasa di luar kelas yang dijalankan secara berstruktur mampu memberi motivasi kepada pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Pembentukan suasana belajar yang melibatkan penggunaan panca indera insan dalam situasi tertentu di luar ruang kelas memberi banyak manfaat kepada pelajar terutama dalam proses pemerolehan perbendaharaan kata. Dengan perbendaharaan kata yang mencukupi, ia dapat membantu pelajar dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa terutama kemahiran menulis. Artikel ini bertujuan memperkenalkan satu medium alternatif yang melibatkan aktiviti pembelajaran di luar kelas yang diberi nama “Jawlah Lughawiyyah”. Bagi mengenal pasti tahap kemahiran menulis pelajar melalui aktiviti ini, satu kajian telah dijalankan melibatkan 15 pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu. Proses pengumpulan data melalui ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan terhadap sampel yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pada tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran menulis. Justeru, kajian ini mencadangkan agar aktiviti Jawlah Lughawiyyah dipraktikkan dalam proses P&P bahasa Arab khususnya melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here