z-logo
open-access-imgOpen Access
Al-Shicr Al-Taclimi Penyumbang kepada Perkembangan Ilmu pada Zaman Abbasi: Kajian Ringkas terhadap Beberapa Tokoh Bahasa di Zamannya
Author(s) -
Raihan Marzuki
Publication year - 2016
Publication title -
issues in language studies
Language(s) - Azerbaijani
Resource type - Journals
ISSN - 2180-2726
DOI - 10.33736/ils.1626.2016
Subject(s) - humanities , art , physics
Dalam sejarah peradaban tamadun Arab, bermula sejak zaman Jahiliah sehinggalah ke zaman moden ini, shicr di anggap sebagai satu cabang kesenian yang diberi keistimewaan dan kedudukan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Arab. Shicr menjadi wadah penting kepada para penyair untuk menzahirkan perasaan dan menggambarkan kehebatan tamadun cArab pada ketika itu. Pertembungan antara peradaban Arab dengan pengaruh luar dari Parsi, Yunani dan India telah membawa kepada proses perkembangan dan penyebaran ilmu yang begitu pesat. Tinjauan terhadap perkembangan shicr pada zaman Abbasi menunjukkan bahawa telah lahirnya satu bentuk shicr baru yang dikenali sebagai al-Shicr al-Taclimi. Kajian ini bertujuan untuk membuat pentakrifan terhadap al-Shicr al-Taclimi, mengenalpasti faktor yang membawa kepada kemunculannya, menyenaraikan beberapa tokoh penyair yang mempelopori al-Shicr al-Taclimi, seterusnya menyusun dan membuat pembahagian tema yang terdapat di dalam al-Shicr al-Taclimi dalam bidang nahu, sejarah, falsafah, ilmu falak dan sebagainya. Kajian ini turut mengenalpasti sumbangan al-Shicr al-Taclimi terhadap perkembangan berbagai bidang ilmu pengetahuan pada zaman Abbasi. Untuk merealisasikan matlamat ini kajian kepustakaan dilakukan dengan menulusuri bahan-bahan ilmiah terutamanya kitab-kitab sejarah dan kesusasteraan Arab khususnya pada zaman Abbasi. Jelasnya, terdapat pelbagai pendapat tentang faktor kewujudan dan kemunculan al-Shicr al-Taclimi. Kesan daripada faktor inilah yang telah menggalakkan para ilmuan Islam gigih menghasilkan al-Shicr al-Taclimi sebagai medium menyampai dan menarik minat masyarakat terhadap ilmu pada ketika itu. Kemunculan al-Shicr al-Taclimi memberi kesan secara langsung sebagai penyumbang terhadap perkembangan ilmu pengetahuan yang giat dibangunkan pada zaman Abbasi sehingga kini.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here