
Pembinaan Modul Pembelajaran ‘Adad dan Ma‘dūd Berpandukan Ayat Al-Quran
Author(s) -
Mohamad Hussin,
Abdul Hadi Marosadee
Publication year - 2019
Publication title -
issues in language studies
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2180-2726
DOI - 10.33736/ils.1411.2019
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul yang berkesan bagi mengatasi masalah miskonsepsi dalam pembelajaran ‘adad dan ma‘dūd. Kajian terdahulu menunjukkan pelajar sering terdedah kepada miskonsepsi dalam menguasai ‘adad dan ma‘dūd Arab. Hal ini kerana sistem pembahagian, konsep dan jenis ‘adad serta ma‘dūd dalam tatabahasa Arab yang berbeza dengan konsep yang digunapakai dalam bahasa asal pelajar. Hasil dapatan kajian terdahulu mendapati al-Quran mempunyai sumber yang mencukupi bagi membina sebuah modul pembelajaran berkaitan tajuk ini. Manakala pendekatan ADDEI didapati sangat membantu dalam membina sebuah modul pembelajaran. Melalui fasa-fasa yang dicadangkan, maka modul ini dibina dengan membahagikan ‘adad kepada tiga kelompok sahaja berdasarkan kepada persamaan ciri dalam setiap kelompok berkenaan iaitu ‘adad sama, ‘adad berlawanan dan ‘adad neutral. Pembahagian ini dilakukan untuk mengurangkan masalah kekeliruan dalam kalangan golongan sasaran seterusnya menangani permasalahan miskonsepsi yang diketengahkan. Melalui pendekatan ini diharap masalah miskonsepsi berkaitan tajuk ini dapat diatasi.